http://www.textspace.net/lcd_text_maker/9.4/page_1

Tuesday 3 April 2012

Penulisan Bahagian C

Penulisan Bahagian C
  • Panduan Menjawab Bahagian C
· Baca arahan dan petikan yang diberi dengan teliti
· Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan nilai murni,
· amalan baik, faedah atau pengajaran.
· Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan membefri contoh ayat yang
· terdapat dalam petikan.
· Tulis pengajaran atau rumusan tentang petikan.
· Semak semula dengan teliti untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda
· baca, struktur ayat dan imbuhan yang digunakan.


Penulisan Bahagian C (1)

Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Klinik 1

Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.



Pengajaran

1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.
2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri
3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.
4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.
5. Jangan mencuri harta benda orang.
6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.


Contoh jawapan

Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah berdisiplin dengan bangun awal untuk pergi ke sekolah.Selain itu, kita hendaklah jujur terhadap ibu bapa kerana menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Di samping itu, kita perlulah rajin pergi ke sekolah.Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Kita juga patutlah tekun berusaha kerana masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran.Akhir sekali, kita sewajarnya  amanah iaitu tidak mencuri harta benda orang lain . Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik keluarga.

Pautan :  


http://gbsktpsp.blogspot.com

No comments:

Post a Comment