http://www.textspace.net/lcd_text_maker/9.4/page_1

Tuesday 3 April 2012

MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN

Kerjaya guru begitu istimewa kepada Negara dan masyarakat. Ini adalah kerana guru merupakan orang yang berada pada garisan hadapan pembangunan Negara.Sebagai agen  pendidikan, guru berperanan dalam usaha menyokong pembentukan Negara bangsa dan pembangunan Negara. "Guru adalah segala-galanya" sepertimana yang diungkapkan oleh Pullias & Young (1968). Oleh itu ,peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu.

Sebagai seorang guru, kita haruslah memartabatkan profesion perguruan dan mampu mengangkat martabat diri ke tahap yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan bersedia menghadapi pelbagai cabaran, tuntutan dan tekanan tugas dan kerja yang sering berubah daam proses pembaharuan.Guru yang unggul dan professional mestilah menunjukkan sikap professional  dan bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Kod Etika Profesion Keguruan (KEPK) dan sifat-sifat guru unggul yang disenaraikan oleh negra-negara Islam dalam muktamar pertama Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977 iaitu Tawadhu', berakhlak, berilmu('alim), memiliki taraf akademik yang baik dan mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat dapat memartabatkan profesion itu sendiri.Nilai-nilai utama etika kerja mesti terdapat dalam diri seseorang guru bagi membentuk sifat dan keperibadian individu yang cemerlang.

Guru yang cemerlang perlu tahu dan sedar tentang peranan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dalam pendidikan iaitu tanggungjawab kepada murid,ibubapa, masyarakat dan Negara seterusnya tanggungjawab kepada rakan sejawat dan profesion perguruan itu sendiri. Ini kerana guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat.

Guru juga perlu kaya dengan ilmu dan sentiasa mengemaskini pengetahuannya seiring dengan perubahan dalam kurikulum kebangsaan. Ini dapat membantu guru menguasai subjek yang diajar. Guru yang menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan,menjalankankan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Selain itu, dengan menampilkan watak yang terpuji, berimej, berperibadi mulia ,berintegriti, proaktif, inovatif dan berwawasan akan dapat memartabatkan profesion keguruan dan seterusnya memantapkan kualiti organisasi dan perkhidmatan keguruan.

No comments:

Post a Comment