http://www.textspace.net/lcd_text_maker/9.4/page_1

Monday 16 April 2012

Lawak Guru dan Murid II



Babak 1

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid2nya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.
Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.
Murid: Tapi cikgu, hadiah macam mana?
Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah
hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..
Murid2: Ohh…. begitu..
Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah….. macam2 ada. Tersenyum lebar cikgu ….
Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!       
Mamat: Usung hadiah cikgu…. tu ada kat luar kelas.
Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????
Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)
Cikgu: Ayah Mamat kerja apa?
Murid2: PENGGALI KUBUUUUR cikgu.
Cikgu: Patutlah.



Babak 2

Dalam sebuah kelas tabika, di sebuah kawasan perumahan…..
Cikgu: Apa khabar murid-murid? Apa khabar 1Malaysia?
Murid-murid: Baikkkkkk, cikgu.
Cikgu: Semua puasa hari ini? Angkat tangan siapa yang puasa!
Ali: Cikgu, saya cikgu….. saya tak pernah tinggal puasa cikgu!
Cikgu: Bagus, bagus, inilah baru murid cikgu. Walaupun masih kecil, tapi sanggup berlapar dan berdahaga.
Cikgu: Murid-murid lain patut malu pada Ali.
Cikgu: Semua murid berikan tepukan kuat kepada Ali. Ali cikgu nak tanya, awak niat puasa  macam mana?
Ali: (Dengan bangganya), SAHAJA AKU BERPUASA RAMADAN ESOK HARI DUA RAKAAT MENGKUT IMAM KERANA ALLAH TAALA!!!!!!!
Cikgu dan murid lain: Terdiam, tak kata apa-apa!!!!

Babak 3

Suatu pagi di Dewan Sultan Mizan, UMT, Kuala Terengganu… Datang seorang Pak Cik tua bertanyakan seorang pegawai kesihatan yang sedang bertugas.
Pak Cik:  Assalamualaikum, encik di sinikah tempat pelajar baru mendaftar?
Pegawai: Ya, kenapa? Anak Pak Cik sudah mendaftar?
Pak Cik: Belum, tapi kenapa semua orang pakai topeng?
Pegawai: (Dengan selamba menjawab) Nak elakkan wabak selesema babi.
Pak Cik: Masya-Allah !  Banyak ke babi kat sini yang selesema?
Pegawai: ?????
Pak Cik:  … (merungut)..kat ‘U’ pun ada babi?

2 comments: