http://www.textspace.net/lcd_text_maker/9.4/page_1

Showing posts with label TATABAHASA. Show all posts
Showing posts with label TATABAHASA. Show all posts

Thursday, 19 April 2012

Kata Banyak Makna

Kata Banyak Makna
Kata Maknanya
Akal 1. fikiran
2. ikhtiar
3. muslihat, tipu helah
Alamat 1. tanda
2. tempat tinggal
3. keterangan nama tempat, jalan, nombor rumah,poskod dan   
    menunjukkan tempat tinggal seseorang.
Barang 1. benda
2. lebih kurang
3. apa-apa saja
Bermuka-muka 1. beberapa banyak muka surat.
2. berpura-pura atau tidak ikhlas
Bersimpang-siur 1. bergerak ke sana ke mari.
2. silang-menyilang kerana terlalu banyak.
3. terlalu banyak likunya, berliku-liku.
Besar 1. tidak kecil.
2. kuat dan lurus kawasan pemerintahnya.
3. penting, berpengaruh, berkuasa
4. tugas penting, hajat atau niat.
Cerah 1. terang
2. jernih.
3. agak putih.
4. berseri, tidak muram.
5. baik, bahagia.
Cetek 1. tidak luas (pengetahuan)
2. tidak dalam (air)
Dalam 1. tidak cetek
2. luas pengalaman
Diam 1. tidak bercakap, senyap
2. tinggal
Diam-diam 1. senyap-senyap, tidak memberitahu sesiapa.
2. tidak berbuat apa-apa
Dingin 1. sejuk
2. tidak meriah
Faedah 1. guna, manfaat.
2. bunga, laba, untung
Halaman 1. muka surat.
2. pekarangan rumah
Halus 1. kecil-kecil.
2. beradab
Hampa 1. kecewa
2. tidak berisi
3. kosong
Hangat 1. berita yang masih baru
2. panas
Haus 1. dahaga
2. sangat ingin mendapatkan sesuatu
3. menjadi tidak tebal kerana tergosok atau banyak digunakan
Jelas 1. terang, nyata
2. selesai, beres
Kemas 1. teratur
2. disiapkan dengan baik
3. kuat, teguh, erat.
Kemasukan 1. dimasuki oleh sesuatu
2. yang behubung dengan perihal masuk
Kepantasan 1. kelajuan
2. kecekapan
Lapangan 1. kawasan yang luas
2. jurusan, bidang
Lapang 1. luas
2. tidak sibuk
Masak 1. boleh dipetik dan dimakan
2. tidak mentah
3. berpengalaman
Menganjurkan 1. mengemukakan, mengesyorkan, mencadangkan
2. mengadakan
3. menghulurkan atau memajukan ke depan
Menggosok-gosok 1. menggilap
Menjelaskan 1. menerangkan atau menghuraikan dengan lebih lanjut
2. menyelesaikan hutang
Menjemput 1. mengambil
2. mengambil atau mencubit dengan menggunakan hujung jari
Melancarkan 1. memulakan sesuatu dengan cepat / meluncurkan
2. memudahkan / melicinkan sesuatu usaha
3. melakukan / mengadakan sesuatu serangan, tindakan
Melepaskan 1. membebaskan / menjadi tidak terikat
2. menghilangkan (letih / penat)
3. memberikan / menguntukkan
4. mengeluarkan / membiarkan keluar (perasaan)
Membuka 1. menjadikan tidak bertutup
2. menghidupkan sesuatu
3. memberikan peluang
Memotong 1. mengerat / memenggal
2. mengurangkan sesuatu
3. memintas
4. mencelah percekapan orang
5. menoreh getah
Menyaingi 1. mengiringi / menemani
2. menandingi / berlawan
Menahan 1. tidak membiarkan lepas, menyekat, tidak membenarkan,   
    menghentikan.
2. melawan / menangkis serangan
3. melambaikan tangan untuk menyuruh kenderaan berhenti
4. menguatkan diri supaya sanggup menderita
Menelan 1. memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui kerongkong
2. banyak memerlukan
3. terpaksa menerima sesuatu yang tidak menyenangkan
Menuntut 1. mendesak
2. mencari ilmu
Pengajaran 1. sesuatu yang diajar
2. pedoman
Rasa 1. rasa dengan lidah
2. pendapat, fikiran
3. keadaan hati terhadap sesuatu
Serong 1. tidak lurus, tidak tepat letaknya
2. tidak jujur, curang
Tahan 1. tidak mudah rosak
2. sanggup menderita
3. cukup, memadai
Tajam 1. dapat memotong dengan mudah
2. cerdik
3. keras atau pedas (perkataan, kritik)
Tawar 1. tidak terasa apa-apa
2. tidak mujarab, hilang kekuatan
3. tidak berkemahuan, tidak bernafas / bersemangat
4. meminta dikurangkan harga barangan.

Thursday, 15 March 2012

BAHASA ISTANA

  • Almarhum      :    Raja dan kerabat lelaki yang telah meninggal dunia
  • Almarhumah :    Permaisuri dan kerabat perempuan yang telah meninggal dunia
  • Ampun kurnia    :    Memohon maaf
  • Anugerah           :    Pemberian daripada pemerintah
  • Baginda              :    Panggilan bagi raja
  • Beradu               :    Tidur
  • Berangkat          :    Mula meninggalkan sesuatu tempat
  • Bercemar duli    :    Digunakan pada sultan yang sudi datang ke sesuatu tempat
  • Berkenan           :    Bersetuju dengan sesuatu perkara
  • Berputera          :     Melahirkan anak
  • Bersiram            :    Mandi
  • Bertitah             :    Berkata, memberi perintah
  • Beta                  :    Kata ganti diri pertama untuk raja
  • Daulat               :    Kebahagian kepada raja-raja ; kuasa
  • Gering               :    Sakit ; uzur
  • Hamba              :   Kata ganti nama bagi orang kebanyakan
  • Iram-iram         :    Payung kerajaan
  • Kaus                 :    Kasut
  • Kurnia              :    Belas kasihan ; anugerah
  • Mahkota          :    Perhiasan kepala
  • Makam            :    Kubur
  • Mangkat          :    Meninggal dunia
  • Murka              :    Marah
  • Patik                 :    Kata ganti nama bagi golongan pembesar
  • Peraduan          :    Tempat tidur
  • Permaisuri        :    Isteri raja atau pemerintah
  • Putera               :    Anak lelaki
  • Puteri                :    Anak perempuan
  • Raja                  :    Pemerintah
  • Santap              :    Makan
  • Semayam         :    Duduk di atas takhta
  • Sembah            :    Penghormatan kepada raja
  • Singgahsana    :    Kerusi kerajaan
  • Tabal                :    Majlis merasmikan kemahkotaan raja
  • Titah                 :    kata raja ; perintah raja
     

Tuesday, 13 March 2012

Peribahasa

Peribahasa 

Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu.

Terdapat lima jenis peribahasa dalam Bahasa Malaysia, iaitu : 
  • a) Simpulan Bahasa                                                                                            
  • b) Perumpamaan
  • c) Bidalan
  • d) Pepatah
  • e) Kata-kata hikmat
a) Simpulan Bahasa ialah peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan.
Contoh :  a)  Angkat bakul - memuji diri sendiri
               b)  Besar kepala - degil

b) Perumpamaan ialah perbandingan yang nyata dan dimulai dengan kata bandingan seperti bagai, umpama, seperti,bak dan ibarat.
Contoh :  Bagai isi dan kuku - perhubungan yang rapat
               Seperti  langit dan bumi - perbezaan yang ketara

c) Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran.  
Contoh : Ada gula ada semut - orang akan berkumpul ditempat yang banyak mendatangkan rezeki.
           Air yang tenang jangan disangka tiada buaya - jangan disangka orang yang pendiam itu atau 
              tenang tidak berbahaya. 

d) Pepatah ialah jenis peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan kata di dalamnya.Pengulangan tersebut adalah untuk menyatakan penegasan,falsafah,atau pengajaran yang hendak disampaikan.
contoh: Diam ubi berisi, diam besi berkarat - orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih        baik  daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.

e) Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.
Contoh :
Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.
Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.