http://www.textspace.net/lcd_text_maker/9.4/page_1

Tuesday 13 March 2012

Peribahasa

Peribahasa 

Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu.

Terdapat lima jenis peribahasa dalam Bahasa Malaysia, iaitu : 
  • a) Simpulan Bahasa                                                                                            
  • b) Perumpamaan
  • c) Bidalan
  • d) Pepatah
  • e) Kata-kata hikmat
a) Simpulan Bahasa ialah peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan.
Contoh :  a)  Angkat bakul - memuji diri sendiri
               b)  Besar kepala - degil

b) Perumpamaan ialah perbandingan yang nyata dan dimulai dengan kata bandingan seperti bagai, umpama, seperti,bak dan ibarat.
Contoh :  Bagai isi dan kuku - perhubungan yang rapat
               Seperti  langit dan bumi - perbezaan yang ketara

c) Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran.  
Contoh : Ada gula ada semut - orang akan berkumpul ditempat yang banyak mendatangkan rezeki.
           Air yang tenang jangan disangka tiada buaya - jangan disangka orang yang pendiam itu atau 
              tenang tidak berbahaya. 

d) Pepatah ialah jenis peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan kata di dalamnya.Pengulangan tersebut adalah untuk menyatakan penegasan,falsafah,atau pengajaran yang hendak disampaikan.
contoh: Diam ubi berisi, diam besi berkarat - orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih        baik  daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.

e) Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.
Contoh :
Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.
Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.




 





 

No comments:

Post a Comment