RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN (RPH)
RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN 1
Tarikh / Hari : 26 Mac 2012
Masa : 8.40 – 9.40 ( 1 jam)
Kelas : 5 Kenanga
Bil. Pelajar : 35
orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Sukan Dan Kesihatan
Tajuk : Kesihatan Asas Kesejahteraan
Objektif : Di
akhir pengajaran murid dapat:
i)
Mengelaskan
maklumat berdasarkan topik yang dibincangkan.
ii)
Membaca
dan mengecam isi-isi penting daripada bahan bacaan.
iii)
Memilih
dan mengenal pasti penanda wacana.
Pengetahuan sedia ada :
Konsep : Murid
pernah didedahkan dengan frasa dan
rangkai kata serta
penanda wacana di dalam pengajaran yang lepas.
Bahan : Petikan teks m/s 58 buka teks Bahasa Melayu Tahun 5, kad
gambar
dan lembaran kerja.
Nilai : Menjaga kesihatan, bekerjasama, berdisiplin
Kemahiran : Membaca,
lisan dan menulis.
Langkah/Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti
guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Set
Induksi
(5 minit)
|
Bersoal jawab tentang
makanan kesukaan murid.
|
1.Menunjukkan
gambar hidangan makanan tengah hari.
2.Meminta
murid menyatakan makanan yang dimakan semalam.
|
1.Menyatakan
apa yang dilihat di dalam gambar.
2.Menyatakan
jenis makanan yangh dimakan semalam
|
BBM:
Gambar makanan tengah hari
Nilai:
Bekerjasama
KBKK:
Sumbang
saran
|
Langkah
1
(15 minit)
|
Menganalisis data
|
Aktiviti
berkumpulan:
1.Meminta
murid duduk dalam kumpulan
2.Mengedarkan
petikan kepada murid.
3.Meminta
murid membaca petikan secara mentalis (secara senyap)
4.Meminta
murid menganalisis data dengan mengkelaskannya mengikut jenis makanan
|
Aktiviti berkumpulan:
1.Membaca petikan secara
mentalis (secara senyap)
2.Mengelaskan makanan
mengikut jenisnya:
Karbohidrat,Protein,Vitamin,garam
galian dan lemak
|
BBM:
- Petikan teks
-jadual
Nilai:
Bekerjasama
KBKK:
Mengklasifikasi
|
Langkah
2
(15 minit)
|
Membentangkan laporan
|
1.Meminta ketua kumpulan
membentangkan laporan di hadapan kelas.
2.Menampal jadual yang
dilengkapkan oleh murid di papan putih.
|
1.Ketua setiap kumpulan
membentangkan laporan
di hadapan.
|
BBM:
Jadual
Nilai:
Mematuhi arahan
KBKK:
Merumus
|
Langkah
3
(20 minit)
|
1 .Mengenalpasti penanda
wacana
2. Membina dan menulis
ayat
|
1. Mengarahkan semula
murid membaca teks secara senyap.
2. Meminta murid
mengenalpasti dan menggariskan penanda wacana yang terdapat di dalam petikan.
3. Meminta murid
menyenaraikan penanda wacana yang digaris.
4. Meminta murid membina
ayat menggunakan penanda wacana
|
1. Membaca teks secara
senyap.
2. Mengenalpasti dan
menggariskan penanda wacana yang terdapat di dalam petikan.
3.Menyenaraikan penanda
wacana di dalam lembaran kerja .
4. Membina dan menulis
ayat menggunakan penanda wacana di dalam lembaran kerja.
|
BBM:
Lembaran kerja
Nilai:
Mematuhi arahan
KBKK:
Mengenalpasti, Menjana
idea
|
Penutup
(5 minit)
|
1.Penerapan
nilai murni
|
1.Mengingatkan murid agar
sentiasa makan makanan seimbang.
2.Meminta murid
mengamalkan makanan seimbang.
3. Menyebut semula penanda
wacana yang telah dipelajari.
|
1.Menyebut semula makanan
seimbang yang berkhasiat.
2. Menyebut semula penanda
wacana yang telah dipelajari.
|
Nilai:
Menghargai kesihatan
KBKK:
sumbangsaran
|
REFLEKSI
Kelemahan
Murid
lambat memahami maksud dan penggunaan penanda wacana kerana penanda wacana
adalah satu perkara yang abstrak , tiada gambaran konkrit untuk membantu murid memahami
kemahiran tersebut. Selain itu, kaedah penerangan yang digunakan membuatkan
murid rasa agak bosan dan kurang menunjukkan minat semasa P&P dijalankan.
Kekuatan
Set
Induksi berkenaan makanan kesukaan murid beserta gambar menarik perhatian
murid. Pengetahuan sedia ada murid tentang makanan berkhasiat membantu guru
untuk menyampaikan pengajaran. Guru juga telah dapat mengenal pasti tahap
kognitif murid bagi memastikan pengajaran yang disampaikan berkesan serta boleh
menguji kefahaman mereka dengan memberi latihan yang sesuai sebagai penilaian.
Cara Mengatasi
Teknik
latih-tubi perlu dilakukan bagi mengukuhkan kefahaman murid iaitu melatih-tubi
murid membina dan menulis ayat mengunakan penanda wacana. Bagi mengelakkan rasa
bosan murid, guru bolehlah menggunakan alat multimedia semasa pengajaran.
Contohnya murid mencari maklumat dengan mengakses internet atau menjawab
latihan/penilaian menggunakan komputer.
No comments:
Post a Comment