http://www.textspace.net/lcd_text_maker/9.4/page_1
Showing posts with label PENULISAN BAHAGIAN B. Show all posts
Showing posts with label PENULISAN BAHAGIAN B. Show all posts
Saturday, 5 May 2012
Dialog / Wawancara
TAJUK 1:
Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan.Dalam pertandingan itu anda telah mendapat
tempat kedua.Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan melayu.Anda ingin mengucapkan tahniah dan
menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya.Tulislah dialog anda selengkapnya.
RANGKA.
PENDAHULUAN - mengucapkan tahniah
ISI
a) Siva berharap agar kejayaannya memberi semangat kepada pelajar bukan melayu yamg
lain untuk mempelajari bahasa melayu.
b) menyatakan perasaan kagum -bertanya tentang cara dia mempelajari bahasa melayu
c) Siva menyatakan cara dia mempelajari bahasa melayu.
PENUTUP
Siva memberikan dorongan agar sama-sama menguasai bahasa kebangsaan
KARANGAN
( Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah )
Azman : Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.
Siva : Terima kasih.Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar -pelajar bukan
Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Azman : Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini.Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan
lancar.Bagaimanakah cara kamu mempelajari bahasa melayu ?
Siva : Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku bahasa melayu yang bermutu .Di
samping itu,saya mempelajari tatabahasa dengan baik.Saya selalu membuka kamus untuk
mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri saya menggunakan
bahasa baku apabila membaca atau bercakap
Azman : Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar
Melayu yang lain dalam pertandingan itu.Saya malu,Siva.
Siva : Mengapa ?
Azman : Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu adalah
bahasa ibunda saya.Rupa-rupanya saya silap.
Siva : Baguslah,Azman,kalau kamu sudah sedar.Sama-samalah kita belajar menguasai bahasa
kebangsaan negara kita
Azman : Ya,baiklah ,Siva...
TAJUK 2:
Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah
cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua.
( Kamu dan Azma berada di sudut kantin sekolah )
Malim : Mengapa kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?
Azma : Duit saya sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.
Malim : Macam mana boleh hilang ?
Azma : Saya letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir yang
curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.
Malim : Bukankah cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg. Sekarang sudah
hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ?
Azma : Jika bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya !
Malim : Jangan sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup muka kita ? Baik kita
jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.
Azma : Betul juga kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan macam k amu.
Soalan : Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar yang telah berjaya
menjadi doktor perubatan , semasa majlis penyampaian ijazah di Universiti Malaya. Cuba buat satu
temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang berkaitan.( Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukan soalan -soalan kepada Encik Karim )
Murid : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar encik Faizul dan
Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?
En. Karim : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaiman hendak menceritakannya. Hanya saya kira Tuhan
merestui kami sekeluarga.
Murid : Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?
En. Karim : Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha. Hampir sepanjang
waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu jarang sekali.
Kerap kali kalau menonton pun mereka menonton siaran berita sahaja.
Murid : Di mana mereka bersekolah ?
En. Karim : Kesemuanya bersekolah di Sekoleh Kebangsaan Darau. Kemudian bersekolah menengah
di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh. Semuanya mendapat pangkat satu di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran dan meneruskan pelajaran
di Tingkatan Enam iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh. Apabila mereka lulus mereka belajar di
Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah ! Sekarang mereka sudah lulus dan menjadi doktor.
Murid : Apakah perasaan encik sekarang ?
En. Karim : Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan gemilang itu .
Murid : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk ditemubual.
En. Karim : Terima kasih kembali.
( Berjabat tangan dengan murid )
Friday, 20 April 2012
Penulisan Laporan
LAPORAN TAHUNAN
Karangan ini berkaitan dengan mesyuarat atau kegiatan tahunan sesebuah persatuan atau kelab. Karangan ini mempunyai format yang khusus. Oleh itu formatnya perlu dipatuhi supaya anda tidak kehilangan markah.
Panduan Menulis Laporan Tahunan
§ Perlu ada tajuk
· Senarai penasihat dan ahli jawankuasa
§ Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun
§ Tanda tangan, nama pelapor jawatan pelapor
§ Tarkh diletakkan di sebelah kanan sejajar dengan “Laporan disediakan oleh”
Soalan Perbincangan
Selaku Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, anda diminta menyediakan sebuah laporan tahunan bagi persatuan anda. Segala aktiviti persatuan sepanjang tahun perlu dimuatkan dalam laporan itu.
Tuluskan laporan itu selengkapnya.
Panjang karangan laporan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 1
Anda mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan kehendak soalan. Garis maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat tafsiran mengenai kehendak soalan.
Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk anda bolehlah membuat kerangka karangan. Karangan tersebut menghendaki anda menulis laporan, berhubung dengan satu lawatan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda.
Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.
Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.
Baca contoh laporan di bawah ini.
LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN KLIA
TAHUN 2007
Guru Penasihat : Puan Azizah binti Ibrahim
Puan Zumazween binti Abd Kadir
Pengerusi : Zarith binti Ibrahim
Naib Pengerusi : Afiq bin Walid
Setiausaha : Atikah binti Yusof
Bendahari : Shahir bin Kamaruddin
Ahli Jawatankuasa : Arifuddin bin Roslan
Nur Syakinah binti Zaib
Mastura binti Sadirman
Nadia Asyikin binti Arif
Mohd Hafizi bin Siran
Sepanjang tahun ini pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh persatuan. Selaras dengan matlamat penubuhannya, untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan ahli dan murid-murid di sekolah ini.
Pada semester pertama, persatuan ini telah menganjurkan Minggu Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti dijalanakan untuk memilih peserta ke pertandingan di peringkat daerah. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan bercerita, mendeklamasi sajak, bersyair, dan syarahan.
Pada semester kedua pula, persatuan telah menganjurkan pertandingan menulis karangan kuiz antara rumah-rumah sukan, dan pertandingan drama sebabak antara kelas bagi murid-murid tahap 2.
Persatuan juag telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Perpustakaan Negara. Sebanyak 40 orang murid dan 4 orang guru terlibat dalam lawatan itu.
Pada keseluruhannyaditunjukkan oleh semua pihak, diharapkan persatuan ini akan lebih berjaya pada tahun hadapan.
Disediakan oleh, 15 OKTOBER 2007
Atkah Yusof
……………………………………….
(ATIKAH BINTI YUSOF)
Setiausaha Persatuan Bahasa Malayu,
Sekolah Kebangsaan KLIA.
Langkah 4
Selepas mengarang, anda hendaklah membacanya semula . Betulkan kesalahan-kesalahan tatabahasa iaitu penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan supaya tiada pemotongan markah.

Saturday, 7 April 2012
Karangan Cerita
Karangan Jenis Cerita
http://gbsktpsp.blogspot.com/
Tuliskan sebuah karangan cerita yang bertajuk ‘ Menabung’

Contoh Karangan
http://gbsktpsp.blogspot.com/
Tuliskan sebuah karangan cerita yang bertajuk ‘ Menabung’
Lengkapkan cerita di atas. Panjang cerita kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 1
Kamu
mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema
atau cerita yang hendak ditulis. Garisi maklumat-maklumat yang penting
supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.
Soalan ini, memerlukan kamu memberikan gambaran mengenai satu cerita
yang berhubung dengan kebaikan, kelebihan orang yang suka menabung.
Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.
Lihat contoh peta minda.

Langkah 3
Berdasarkan
peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa
mengarang, binalah ayat-ayat yang betul tatabahasanya supaya anda tidak
kehilangan markah di bahagian ini.
Baca contoh karangan di bawah ini.
Contoh Karangan
Menabung
Jam
menunjukkan pukul 10.40 pagi, loceng menandakan waktu rehat berbunyi.
Murid-murid keluar dari kelas masing-masing dan berpusu-pusu menuju
ke kantin. Mereka beratur untuk membeli pelbagai juadah yang dijual di
kantin.
“Kamu tidak ke kantin, Jazlan?” tanya Norita rakan sekelasnya.
“Tidak, aku ada membawa bekalan,” jawab Jazlan sambil membuka bekalan. Memang
telah menjadi kelaziman bagi Jazlan membawa bekalan dari rumah. Wang
saku yang diberikan oleh ibunya disimpan di dalam tabung. Amalan
menabung ini telah dilakukan oleh Jazlan sejak dia di tahun satu lagi.
“Maklumlah,
orang hendak cepat kaya. Berbelanja di kantin pun dia tidak mahu.
Tidak lama lagi ada seorang rakan kita yang akan bergelar jutawan,”
Norita menyindirnya dan disambut dengan hilaian ketawa rakan-rakannya
yang lain.
Jazlan
tidak berasa hati sedikit pun dengan ejekan dan sindiran
rakan-rakannya. Baginya, menabung merupakan tabiat mulia yang perlu
diamalkan. Setiap orang perlu berjimat cermat untuk masa depannya.
Lebih-lebih lagi wang belanja yang diperoleh adalah hasil jerih
ibunnya mengambil upah menjahit.
“Mungkin
rakan-rakanku itu keluarganya orang berada. Mereka tidak pernah hidup
susah ataupun mengalami masalah kewangan. Segala kemahuan akan
dipenuhi oleh ibu bapa mereka. Lainlah aku, keluargaku bukannya
daripada kalangan orang yang berada, ayah telah meninggal sejak aku
dilahirkan” Jazlan berbisik sendirian memujuk hatinya.
Pada
penghujung tahun, Jazlan telah terpilih sebagai pemenang pertama satu
pertandingan penyimpan wang terbanyak dan terkerap. Jazlan
telah menerima beberapa hidah istimewa berupa wang dan peralatan
sekolah daripada pihak bank yang menaja pertandingan tersebut.
Langkah 4
|
Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan perkara-perkara berikut perlu diperhatikan ialah kesalahan penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.
Saturday, 31 March 2012
Penulisan Bahagian B
Penulisan : Surat Kiriman Rasmi
1.
|
Surat
kiriman rasmi mempunyai format yang khusus.
|
||
2.
|
Format
surat rasmi mempunyai ciri-ciri teknikal tertentu.
|
||
3.
|
Surat
kiriman rasmi mestilah bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-perkara
peribadi.
|
||
4.
|
Beberapa
contoh surat kiriman rasmi adalah seperti berikut:
|
||
(a)
|
Surat
aduan
|
||
(b)
|
Surat
rayuan
|
||
(c)
|
Surat
memesan barangan
|
||
(d)
|
Surat
undangan menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang penting dan rasmi
|
||
(e)
|
Surat
permohonan
|
||
(f)
|
Surat
pekeliling
|
||
5.
|
Gunakanlah
bahasa yang mudah, tepat dan padat. Bahasa yang digunakan mestilah baku
dan betul dari segi ejaan dan tanda baca.
|
||
6.
|
Elakkan
penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan peribahasa dalam penulisan
karangan jenis ini.
|
||
Format Surat Kiriman Rasmi 

Subscribe to:
Posts (Atom)