http://www.textspace.net/lcd_text_maker/9.4/page_1

Saturday 5 May 2012

Dialog / Wawancara


TAJUK 1:
Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan.Dalam pertandingan itu anda telah mendapat 
tempat kedua.Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan melayu.Anda ingin mengucapkan tahniah dan 
menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya.Tulislah dialog anda selengkapnya.

RANGKA.
PENDAHULUAN - mengucapkan tahniah
ISI
a)       Siva berharap agar kejayaannya memberi semangat kepada pelajar bukan melayu yamg
             lain untuk mempelajari bahasa melayu.
b) menyatakan perasaan kagum -bertanya tentang cara dia mempelajari bahasa melayu
c) Siva menyatakan cara dia mempelajari bahasa melayu.
PENUTUP
Siva memberikan dorongan agar sama-sama menguasai bahasa kebangsaan


KARANGAN
( Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah )
Azman :  Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.
Siva :  Terima kasih.Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar -pelajar bukan
                Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Azman :  Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini.Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan
   lancar.Bagaimanakah  cara kamu mempelajari bahasa melayu ?
Siva :  Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku bahasa melayu yang bermutu .Di
   samping itu,saya mempelajari  tatabahasa dengan baik.Saya selalu membuka kamus  untuk
   mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri saya menggunakan
   bahasa baku apabila membaca atau bercakap
Azman :  Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar
                Melayu yang lain dalam pertandingan itu.Saya malu,Siva.
Siva :  Mengapa ?
Azman :  Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu  adalah
                bahasa ibunda saya.Rupa-rupanya saya silap.
Siva :  Baguslah,Azman,kalau kamu sudah sedar.Sama-samalah kita belajar menguasai bahasa
                kebangsaan negara kita
Azman :  Ya,baiklah ,Siva...

TAJUK 2:
 Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah 
cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua.
( Kamu dan Azma berada di sudut kantin sekolah )

Malim :  Mengapa kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?
Azma :  Duit saya sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.
Malim  :  Macam mana boleh hilang ?
Azma :  Saya letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir yang
                curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.
Malim :  Bukankah cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg.  Sekarang sudah
                hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ?
Azma :  Jika bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya  !
Malim  :  Jangan sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup  muka kita ? Baik kita
                jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.
Azma :  Betul juga kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan   macam  k amu.
Soalan : Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar yang telah berjaya
menjadi doktor perubatan , semasa majlis penyampaian ijazah di Universiti Malaya. Cuba buat satu
temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang berkaitan.( Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukan soalan -soalan kepada Encik Karim )
Murid : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar encik Faizul dan
               Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?
En. Karim : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaiman hendak menceritakannya. Hanya saya kira Tuhan
                            merestui kami sekeluarga.
Murid : Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?
En. Karim : Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha. Hampir sepanjang
                            waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu jarang sekali.
                            Kerap kali kalau menonton pun mereka menonton siaran berita sahaja.
Murid : Di mana mereka bersekolah ?
En. Karim  : Kesemuanya bersekolah di Sekoleh Kebangsaan Darau. Kemudian bersekolah menengah
                            di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh. Semuanya mendapat pangkat satu di peringkat Sijil
                            Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran dan meneruskan pelajaran
                            di Tingkatan Enam iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh. Apabila mereka lulus mereka belajar di
                            Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah ! Sekarang mereka sudah lulus dan menjadi doktor.
Murid : Apakah perasaan encik sekarang ?
En. Karim  : Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan gemilang itu .
Murid : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk ditemubual.
En. Karim : Terima kasih kembali.
   ( Berjabat tangan dengan murid )

No comments:

Post a Comment