http://www.textspace.net/lcd_text_maker/9.4/page_1

Saturday 31 March 2012

Sayangilah Ibu....Doanya begitu berharga....

Kasih ibu juga tiada bandingannya. Kita tidak dapat mencari kasih yang lebih murni dan lebih sejati dari kasih seorang ibu. Ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya. Tanpa ibu...siapalah kita.

Hayati sejenak klip video ini untuk tatapan bersama....


Penulisan :Karangan Jenis Surat Kiriman Tak Rasmi

Nota

Penulisan Bahagian B

Penulisan : Surat Kiriman Rasmi

1.
Surat kiriman rasmi mempunyai format yang khusus.
2.
Format surat rasmi mempunyai ciri-ciri teknikal tertentu.
3.
Surat kiriman rasmi mestilah bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-perkara peribadi.
4.
Beberapa contoh surat kiriman rasmi adalah seperti berikut:
 
 
(a)
Surat aduan
 
 
(b)
Surat rayuan
 
 
(c)
Surat memesan barangan
 
 
(d)
Surat undangan menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang penting dan rasmi
 
 
(e)
Surat permohonan
 
 
(f)
Surat pekeliling
5.
Gunakanlah bahasa yang mudah, tepat dan padat. Bahasa yang digunakan mestilah baku dan betul dari segi ejaan dan tanda baca.
6.
Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan peribahasa dalam penulisan karangan jenis ini.

Format Surat Kiriman Rasmi











Wednesday 28 March 2012

Pantun Dua Kerat

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong,lama lama mencuri

Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih

Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam

Mentimun bongkok di balik tiang,
Ayam berkokok alamat nak siang

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati

Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula

Dahulu parang sekarang besi,
Dahulu sayang sekarang benci

Tukul takal muka pintu,
Orang nakal memang begitu

Keli masuk ruan keluar,
Matahari masuk bulan keluar

Duduk inding,enggang tap,
Senduk di dinding,panggang di atap

Secupak padi,setahil berangan
Tersepak kaki,terkehel tangan

Kapal belayar dalam semak,
Perut lapar semua lemak

Monday 26 March 2012

Rancangan Pengajaran Harian 2 (RPH) BM Tahun 5


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2
Tarikh / Hari              :           3 Mei 2011
Masa                          :           11.00 – 12.00 ( 1 jam)
Kelas                         :           5 Kenanga
Bil. Pelajar                :           35 orang
Mata Pelajaran         :           Bahasa Melayu
Tema                          :           Sukan Dan Kesihatan
Tajuk                          :           Cegah Sebelum Parah          
Objektif                      :           Di akhir pengajaran murid dapat:
i)              Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul
ii)             Menyatakan peribahasa dan maksudnya
iii)            Memahami maksud peribahasa dan memadankannya dengan peribahasa yang betul.
Pengetahuan sedia ada :
Konsep                       :           Murid  pernah mempelajari peribahasa dan biasa dengan
                                                ungkapan dan rangkai kata .
Bahan                         :           Petikan teks m/s 61 buka teks Bahasa Melayu Tahun 5, kad
                                                perkataan dan lembaran kerja.
Nilai                            :           Menjaga kesihatan, prihatin, rasional
Kemahiran                 :           Membaca, lisan dan menulis.



Langkah/Masa
Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
Mencungkil Pengetahuan murid
1.Menunjukkan gambar-gambar tentang penagih dadah yang menghidap AIDS.
2. Mencungkil pengetahuan murid dengan bersoal jawab tentang bahaya najis dadah.

1.Menyatakan apa yang dilihat di dalam gambar.
2.Menyatakan bahaya najis dadah
BBM:
Gambar penagih tegar
Nilai:
prihatin
KBKK:
Sumbang
saran

Langkah 1
(20 minit)


Merakam dan memperdengar rakaman bacaan murid
1.Meminta murid membaca petikan teks
2. Merakam bacaan murid.
3.Memperdengar bacaan murid.
4. Meminta murid lain memberi pandangan tentang bacaan rakan dari segi kelancaran dan intonasi.

1.Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.Mendengar rakaman bacaan.
3.  Memberi pandangan tentang bacaan rakan.

BBM:
- Petikan teks
-Radio
Nilai:
Bersopan-santun
KBKK:
Mengkritik

Langkah 2
(15 minit)




Mengenal pasti peribahasa
1.Meminta murid membaca semula petikan secara senyap.
2.Meminta murid menyatakan peribahasa yang terdapat dalam petikan.
3. Menunjukkan peribahasa pada kad imbasan dan menerangkan maksud peribahasa

1.Membaca semula petikan secara senyap.
2. Menyatakan peribahasa yang terdapat dalam petikan.
3. Memahami maksud peribahasa.

BBM:
-Petikan teks
- kad imbasan
Nilai:
Mendengar arahan
KBKK:
Membuat kaitan
Langkah 3
(15 minit)
1 .Memahami maksud peribahasa
2. Memadankan maksud peribahasa
1. Mengedarkan lembaran kerja
2. Meminta murid memadankan peribahasa dengan maksudnya
3. Meminta murid menyemak jawapan rakan dengan membincangkan jawapan bersama-sama.
4. Meminta murid membuat pembetulan

1. Memadankan peribahasa dengan maksudnya.
2. Menyemak jawapan rakan .
3.Memperbetulkan kesalahan dengan membuat pembetulan. .


BBM:
Lembaran kerja
Nilai:
Mematuhi arahan
KBKK:
Mengenalpasti, Menjana idea
Penutup
(5 minit)


1.Refleksi
1.Meminta murid menyebut semula peribahasa yang telah dipelajari
2.Meminta murid mengamalkan gaya hidup sihat
1.Menyebut semula peribahasa yang telah dipelajari

Nilai:
Menghargai kesihatan
KBKK:
sumbangsaran

REFLEKSI
Kelemahan
Proses merakam suara murid agak memakan masa kerana beberapa masalah teknikal. Ini menyebabkan perancangan masa tersasar dari perancangan asal dan proses P&P sedikit terganggu. Aktiviti pemulihan dan pengkayaan tidak dapat dijalankan kerana peruntukan masa yang terhad.

Kekuatan
Dari segi pengetahuan sedia ada, murid sebelum ini telah mempelajari peribahasa. Kemudahan alat perakam yang sedia ada di sekolah turut membantu guru melaksanakan aktiviti P&P. Suara cikgu yang jelas serta guru bijak melakukan pergerakan, isyarat badan dan eye contacts banyak membantu guru menarik perhatian pelajar.

Cara Mengatasi
Dari aspek teknikal, guru harus bersedia lebih awal bagi mengenal pasti masalah alat perakam agar aktiviti semasa P&P dapat berjalan dengan lancar. Kemudahan di makmal komputer seharusnya digunakan seperti murid mencari sendiri maklumat tentang maksud peribahasa dengan mengakses internet.Murid juga boleh menggunakan komputer bagi menjawab soalan-soalan latihan bagi aktiviti pengkayaan dan pemulihan.



Rancangan Pengajaran Harian (RPH) BM Tahun 5


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1
Tarikh / Hari              :           26 Mac 2012
Masa                           :           8.40 – 9.40 ( 1 jam)
Kelas                          :           5 Kenanga
Bil. Pelajar                 :           35 orang
Mata Pelajaran         :           Bahasa Melayu
Tema                           :           Sukan Dan Kesihatan
Tajuk                           :           Kesihatan Asas Kesejahteraan          
Objektif                       :           Di akhir pengajaran murid dapat:
i)              Mengelaskan maklumat berdasarkan topik yang dibincangkan.
ii)             Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada bahan bacaan.
iii)            Memilih dan mengenal pasti penanda wacana.


Pengetahuan sedia ada :
Konsep                       :           Murid  pernah didedahkan dengan frasa dan rangkai kata serta
                                                   penanda wacana di dalam pengajaran yang lepas.
Bahan                         :           Petikan teks m/s 58 buka teks Bahasa Melayu Tahun 5, kad
                                                  gambar dan lembaran kerja.
Nilai                             :            Menjaga kesihatan, bekerjasama, berdisiplin
Kemahiran                 :           Membaca, lisan dan menulis.

Langkah/Masa
Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
Bersoal jawab tentang makanan kesukaan murid.

1.Menunjukkan gambar hidangan makanan tengah hari.
2.Meminta murid menyatakan makanan yang dimakan semalam.

1.Menyatakan apa yang dilihat di dalam gambar.
2.Menyatakan jenis makanan yangh dimakan semalam
BBM:
Gambar makanan tengah hari
Nilai:
Bekerjasama
KBKK:
Sumbang
saran

Langkah 1
(15 minit)


Menganalisis data
Aktiviti berkumpulan:
1.Meminta murid duduk dalam kumpulan
2.Mengedarkan petikan kepada murid.
3.Meminta murid membaca petikan secara mentalis (secara senyap)
4.Meminta murid menganalisis data dengan mengkelaskannya mengikut jenis makanan
Aktiviti berkumpulan:
1.Membaca petikan secara mentalis (secara senyap)
2.Mengelaskan makanan mengikut jenisnya:
Karbohidrat,Protein,Vitamin,garam galian dan lemak
BBM:
- Petikan teks
-jadual
Nilai:
Bekerjasama
KBKK:
Mengklasifikasi

Langkah 2
(15 minit)




Membentangkan laporan
1.Meminta ketua kumpulan membentangkan laporan di hadapan kelas.
2.Menampal jadual yang dilengkapkan oleh murid di papan putih.



1.Ketua setiap kumpulan membentangkan laporan
di hadapan.

BBM:
Jadual
Nilai:
Mematuhi arahan
KBKK:
Merumus
Langkah 3
(20 minit)
1 .Mengenalpasti penanda wacana
2. Membina dan menulis ayat
1. Mengarahkan semula murid membaca teks secara senyap.
2. Meminta murid mengenalpasti dan menggariskan penanda wacana yang terdapat di dalam petikan.
3. Meminta murid menyenaraikan penanda wacana yang digaris.
4. Meminta murid membina ayat menggunakan penanda wacana

1. Membaca teks secara senyap.
2. Mengenalpasti dan menggariskan penanda wacana yang terdapat di dalam petikan.
3.Menyenaraikan penanda wacana di dalam lembaran kerja .
4. Membina dan menulis ayat menggunakan penanda wacana di dalam lembaran kerja.

BBM:
Lembaran kerja
Nilai:
Mematuhi arahan
KBKK:
Mengenalpasti, Menjana idea
Penutup
(5 minit)


1.Penerapan nilai murni
1.Mengingatkan murid agar sentiasa makan makanan seimbang.
2.Meminta murid mengamalkan makanan seimbang.
3. Menyebut semula penanda wacana yang telah dipelajari.
1.Menyebut semula makanan seimbang yang berkhasiat.
2. Menyebut semula penanda wacana yang telah dipelajari.

Nilai:
Menghargai kesihatan
KBKK:
sumbangsaran

REFLEKSI
Kelemahan
Murid lambat memahami maksud dan penggunaan penanda wacana kerana penanda wacana adalah satu perkara yang abstrak , tiada gambaran konkrit untuk membantu murid memahami kemahiran tersebut. Selain itu, kaedah penerangan yang digunakan membuatkan murid rasa agak bosan dan kurang menunjukkan minat semasa P&P dijalankan.

Kekuatan
Set Induksi berkenaan makanan kesukaan murid beserta gambar menarik perhatian murid. Pengetahuan sedia ada murid tentang makanan berkhasiat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran. Guru juga telah dapat mengenal pasti tahap kognitif murid bagi memastikan pengajaran yang disampaikan berkesan serta boleh menguji kefahaman mereka dengan memberi latihan yang sesuai sebagai penilaian.

Cara Mengatasi
Teknik latih-tubi perlu dilakukan bagi mengukuhkan kefahaman murid iaitu melatih-tubi murid membina dan menulis ayat mengunakan penanda wacana. Bagi mengelakkan rasa bosan murid, guru bolehlah menggunakan alat multimedia semasa pengajaran. Contohnya murid mencari maklumat dengan mengakses internet atau menjawab latihan/penilaian menggunakan komputer.