http://www.textspace.net/lcd_text_maker/9.4/page_1

Monday 26 March 2012

Rancangan Pengajaran Harian 2 (RPH) BM Tahun 5


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2
Tarikh / Hari              :           3 Mei 2011
Masa                          :           11.00 – 12.00 ( 1 jam)
Kelas                         :           5 Kenanga
Bil. Pelajar                :           35 orang
Mata Pelajaran         :           Bahasa Melayu
Tema                          :           Sukan Dan Kesihatan
Tajuk                          :           Cegah Sebelum Parah          
Objektif                      :           Di akhir pengajaran murid dapat:
i)              Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul
ii)             Menyatakan peribahasa dan maksudnya
iii)            Memahami maksud peribahasa dan memadankannya dengan peribahasa yang betul.
Pengetahuan sedia ada :
Konsep                       :           Murid  pernah mempelajari peribahasa dan biasa dengan
                                                ungkapan dan rangkai kata .
Bahan                         :           Petikan teks m/s 61 buka teks Bahasa Melayu Tahun 5, kad
                                                perkataan dan lembaran kerja.
Nilai                            :           Menjaga kesihatan, prihatin, rasional
Kemahiran                 :           Membaca, lisan dan menulis.



Langkah/Masa
Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
Mencungkil Pengetahuan murid
1.Menunjukkan gambar-gambar tentang penagih dadah yang menghidap AIDS.
2. Mencungkil pengetahuan murid dengan bersoal jawab tentang bahaya najis dadah.

1.Menyatakan apa yang dilihat di dalam gambar.
2.Menyatakan bahaya najis dadah
BBM:
Gambar penagih tegar
Nilai:
prihatin
KBKK:
Sumbang
saran

Langkah 1
(20 minit)


Merakam dan memperdengar rakaman bacaan murid
1.Meminta murid membaca petikan teks
2. Merakam bacaan murid.
3.Memperdengar bacaan murid.
4. Meminta murid lain memberi pandangan tentang bacaan rakan dari segi kelancaran dan intonasi.

1.Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.Mendengar rakaman bacaan.
3.  Memberi pandangan tentang bacaan rakan.

BBM:
- Petikan teks
-Radio
Nilai:
Bersopan-santun
KBKK:
Mengkritik

Langkah 2
(15 minit)




Mengenal pasti peribahasa
1.Meminta murid membaca semula petikan secara senyap.
2.Meminta murid menyatakan peribahasa yang terdapat dalam petikan.
3. Menunjukkan peribahasa pada kad imbasan dan menerangkan maksud peribahasa

1.Membaca semula petikan secara senyap.
2. Menyatakan peribahasa yang terdapat dalam petikan.
3. Memahami maksud peribahasa.

BBM:
-Petikan teks
- kad imbasan
Nilai:
Mendengar arahan
KBKK:
Membuat kaitan
Langkah 3
(15 minit)
1 .Memahami maksud peribahasa
2. Memadankan maksud peribahasa
1. Mengedarkan lembaran kerja
2. Meminta murid memadankan peribahasa dengan maksudnya
3. Meminta murid menyemak jawapan rakan dengan membincangkan jawapan bersama-sama.
4. Meminta murid membuat pembetulan

1. Memadankan peribahasa dengan maksudnya.
2. Menyemak jawapan rakan .
3.Memperbetulkan kesalahan dengan membuat pembetulan. .


BBM:
Lembaran kerja
Nilai:
Mematuhi arahan
KBKK:
Mengenalpasti, Menjana idea
Penutup
(5 minit)


1.Refleksi
1.Meminta murid menyebut semula peribahasa yang telah dipelajari
2.Meminta murid mengamalkan gaya hidup sihat
1.Menyebut semula peribahasa yang telah dipelajari

Nilai:
Menghargai kesihatan
KBKK:
sumbangsaran

REFLEKSI
Kelemahan
Proses merakam suara murid agak memakan masa kerana beberapa masalah teknikal. Ini menyebabkan perancangan masa tersasar dari perancangan asal dan proses P&P sedikit terganggu. Aktiviti pemulihan dan pengkayaan tidak dapat dijalankan kerana peruntukan masa yang terhad.

Kekuatan
Dari segi pengetahuan sedia ada, murid sebelum ini telah mempelajari peribahasa. Kemudahan alat perakam yang sedia ada di sekolah turut membantu guru melaksanakan aktiviti P&P. Suara cikgu yang jelas serta guru bijak melakukan pergerakan, isyarat badan dan eye contacts banyak membantu guru menarik perhatian pelajar.

Cara Mengatasi
Dari aspek teknikal, guru harus bersedia lebih awal bagi mengenal pasti masalah alat perakam agar aktiviti semasa P&P dapat berjalan dengan lancar. Kemudahan di makmal komputer seharusnya digunakan seperti murid mencari sendiri maklumat tentang maksud peribahasa dengan mengakses internet.Murid juga boleh menggunakan komputer bagi menjawab soalan-soalan latihan bagi aktiviti pengkayaan dan pemulihan.



2 comments: