http://www.textspace.net/lcd_text_maker/9.4/page_1
Monday, 30 April 2012
Sunday, 29 April 2012
Nikmat Sebuah Perjuangan
Alhamdulillah..... itulah saja perkataan yang mampu ku ungkapkan. Tiada kata yang dapat ku gambarkan betapa leganya dan bahagianya hati ini apabila selesai sudah semua tugasan yang terbeban di bahu ini sepanjang tempoh semester 2 . Terlalu banyak pengorbanan dan ranjau yang telah dilalui.... terutama keluarga.yang sentiasa memahami.....
Lepas ni bolehlah beri sepenuh tumpuan pada keluarga dan kerja yang terbengkalai. Terima kasih kepada suami, anak-anak dan kawan-kawan yang sentiasa memberi samangat dan dorongan.
Tugas terakhir ialah ulangkaji untuk peperiksaan semester 2 pada awal Jun nanti. Semoga segalanya dipermudahkan . Amin....
Saturday, 28 April 2012
Pengajaran Mikro - Set Induksi
http://www.youtube.com/watch?v=5o1A-r1X864&feature=youtu.be
Nama guru : Pn. Latifah bt Ab. Latiff
Program : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sek Ren) DenganKepujian,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
No ID : D2011049770
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Sekolah : SK Tun Dr Ismail, Padang Rengas
Tahun : 5 Ibnu Khaldun
Tema : Sukan dan Kesihatan
Tajuk : Awas Nyamuk
Tema Hari Guru 2012
Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun.Tema Hari Guru pada tahun 2012 ialah
“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK.
SEJARAH HARI GURU
OBJEKTIF HARI GURU
Lagu Tema Hari Guru 2012
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
- " Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- " Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- " Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- " Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
IKRAR GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Lagu Tema Hari Guru 2012
"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
Lembaran Kerja BM Tahun 5
Nama
:…………………………………………..
Tarikh:……………………
Tahun
:………………….
Arahan:
Lengkapkan jadual di
bawah
Bil
|
Punca demam denggi
|
Faktor pembiakan nyamuk
|
Cara mengawal
|
1.
|
|
|
|
2.
|
|
|
|
3.
|
|
|
|
4.
|
|
|
|
Tuesday, 24 April 2012
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN 3
Tarikh / Hari : 4 Mei 2011 (Rabu )
Masa : 7.40 -8.40 ( 1 jam)
Kelas : 5 Kenanga
Bil. Pelajar : 35
orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Sukan Dan Kesihatan
Tajuk : Awas, Nyamuk
Objektif : Di
akhir pengajaran murid dapat:
i)
Menganalisis
data berdasarkan petikan teks
ii)
Menjalani
sesi soal jawab secara spontan
iii)
Melengkapkan
lembaran kerja berbentuk jadual.
Pengetahuan sedia ada :
Konsep : Murid pernah melihat nyamuk dan biasa menulis ayat
mudah.
Bahan : Petikan teks m/s 65 buka teks Bahasa Melayu Tahun 5,
Gambar
nyamuk dan lembaran kerja.
Nilai : Menjaga kebersihan, menghargai sesuatu, bekerjasama,
mengenal
pasti dan mengaplikasi.
Kemahiran : Membaca,
lisan dan menulis.
Langkah/Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti
guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Set
Induksi
(5 minit)
|
Bercerita tentang gambar
nyamuk
|
1.Memaparkan
gambar seekor nyamuk.
2.
Meminta murid menyatakan sifat-sifat nyamuk :
-
menggigit
-
habitat
-
Terbang
|
1.Menyatakan
sifat-sifat nyamuk.
|
BBM:
Gambar nyamuk
Nilai:
bekerjasama
KBKK:
Menjana idea
|
Langkah
1
(15 minit)
|
Menganalisis data
|
1.Mengedarkan
petikan kepada murid.
2.
Meminta murid membaca petikan secara mentalis (senyap)
3.Memberi
masa kepada murid menganalisis data yang terdapat dalam petikan.
4.
Meminta murid mengklasifikasi dari segi:
-
punca demam denggi
-
faktor pembiakan nyamuk
-
cara mengawalnya
|
1.Membaca petikan secara
mentalis (senyap)
2.Menganalisis data yang
terdapat dalam petikan.
3. Mengklasifikasi :
- punca demam denggi
- faktor pembiakan
nyamuk.
-cara mengawalnya
|
BBM:
- Petikan teks
-Radio
Nilai:
Mengikut arahan
KBKK:
-Menjana idea
-mengklasifikasi
|
Langkah
2
(15 minit)
|
Sesi bersoal jawab
|
1.Memilih murid secara
rawak untuk membaca petikan secara mekanis (kuat)
2.Mengutarakan
soalan-soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah kepada murid mengenai:
-punca demam denggi
-faktor pembiakan nyamuk
-cara mengawalnya
3. Memilih murid untuk
menjawab secara spontan
|
1.Membaca petikan secara
mekanis
2.Menjawab soalan pemahaman
mengenai:
-punca demam denggi
-faktor pembiakan nyamuk
-cara mengawalnya
3. Menjawab soalan yang
dikemukakan oleh guru secara spontan
|
BBM:
-Petikan teks
Nilai:
-Peka
-bekerjasama
KBKK:
Menjana idea
|
Langkah
3
(20 minit)
|
1 .Mengisi tempat kosong
|
1. Mengedarkan lembaran
kerja kepada murid dalam bentuk jadual.
2.Meminta murid mengisi
jadual tersebut mengikut kategori yang diberikan.
3.Meminta murid tampil ke
hadapan untuk membentangkan hasil dapatan yang ditulis di dalam jadual
tersebut.
|
1.Mengisi jadual mengikut
kategori yang diberikan.
2.Tampil ke hadapan untuk
membentangkan hasil dapatan yang ditulis di dalam jadual.
|
BBM:
Lembaran kerja (jadual)
Nilai:
Mematuhi arahan
KBKK:
Mengklasifikasi
Membanding beza Menjana
idea
|
Penutup
(5 minit)
|
1.Refleksi
-Penerapan
nilai murni
|
1.Mengingatkan murid
supaya menjaga kebersihan diri dan alam sekitar
2.Meminta murid
mengamalkan cara hidup sihat
|
1.Menyebut semula
cara-cara menjaga kebersihan diri dan alam sekitar
|
Nilai:
-Menjaga kebersihan
Menghargai alam sekitar
KBKK:
-Menjana idea
sumbangsaran
|
REFLEKSI
Kelemahan
Semasa aktiviti berkumpulan
dijalankan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak melibatkan diri
melakukan tugasan. Mereka tidak memberikan kerjasama menyelesaikan masalah yang
diberi. Selain itu, semasa pembentangan hasil dapatan oleh ketua kumpulan,
segelintir pelajar tidak memberikan perhatian disebabkan suara ketua kumpulan
tersebut yang kurang jelas dan penyampaian yang terlalu pantas.
Kekuatan
Pengetahuan sedia ada pelajar tentang
nyamuk serta isu semasa berkaitan nyamuk memudahkan guru mencungkil idea semasa
P&P. Kemahiran mencungkil idea secara soal-jawab keseluruhan kelas dan
perbincangan dalam kumpulan dengan meminta setiap kumpulan memberikan idea
masing-masing untuk dikongsi dengan pelajar lain menggalakkan
interaksi antara pelajar dan semangat bekerjasama. Pelajar melibatkan
diri secara aktif dan menunjukkan minat yang mendalam dengan topik yang diberi.
Cara
Mengatasi
Setiap pelajar harus dinyatakan tugas
masing-masing dengan jelas seperti tugas mencatat, memberikan idea dan
membentang agar semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. Guru
juga dicadangkan memberikan markah kepada penglibatan pelajar yang aktif dan
hasil pembentangan yang menarik bagi menggalakkan mereka melibatkan diri dan
bersaing untuk mendapatkan markah yang tinggi untuk kumpulan dan individu. Guru
digalakkan menggunakan pembesar suara semasa aktiviti pembentangan bagi
mengatasi masalah ketidakjelasan suara agar semua pelajar dapat mendengar
dengan jelas semasa sesi pembentangan. Ganjaran seperti hadiah juga boleh
diberi kepada kumpulan yang berjaya mendapat markah tertinggi .
Subscribe to:
Posts (Atom)