Hayati sejenak klip video ini untuk tatapan bersama....
http://www.textspace.net/lcd_text_maker/9.4/page_1
Saturday, 31 March 2012
Sayangilah Ibu....Doanya begitu berharga....
Kasih ibu juga tiada bandingannya. Kita tidak dapat mencari kasih yang
lebih murni dan lebih sejati dari kasih seorang ibu. Ibu sanggup
berkorban nyawa untuk anaknya. Tanpa ibu...siapalah kita.
Hayati sejenak klip video ini untuk tatapan bersama....
Hayati sejenak klip video ini untuk tatapan bersama....
Penulisan Bahagian B
Penulisan : Surat Kiriman Rasmi
1.
|
Surat
kiriman rasmi mempunyai format yang khusus.
|
||
2.
|
Format
surat rasmi mempunyai ciri-ciri teknikal tertentu.
|
||
3.
|
Surat
kiriman rasmi mestilah bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-perkara
peribadi.
|
||
4.
|
Beberapa
contoh surat kiriman rasmi adalah seperti berikut:
|
||
(a)
|
Surat
aduan
|
||
(b)
|
Surat
rayuan
|
||
(c)
|
Surat
memesan barangan
|
||
(d)
|
Surat
undangan menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang penting dan rasmi
|
||
(e)
|
Surat
permohonan
|
||
(f)
|
Surat
pekeliling
|
||
5.
|
Gunakanlah
bahasa yang mudah, tepat dan padat. Bahasa yang digunakan mestilah baku
dan betul dari segi ejaan dan tanda baca.
|
||
6.
|
Elakkan
penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan peribahasa dalam penulisan
karangan jenis ini.
|
Format Surat Kiriman Rasmi 

Wednesday, 28 March 2012
Pantun Dua Kerat
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong,lama lama mencuri
Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih
Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam
Mentimun bongkok di balik tiang,
Ayam berkokok alamat nak siang
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula
Dahulu parang sekarang besi,
Dahulu sayang sekarang benci
Tukul takal muka pintu,
Orang nakal memang begitu
Keli masuk ruan keluar,
Matahari masuk bulan keluar
Duduk inding,enggang tap,
Senduk di dinding,panggang di atap
Secupak padi,setahil berangan
Tersepak kaki,terkehel tangan
Kapal belayar dalam semak,
Perut lapar semua lemak
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong,lama lama mencuri
Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih
Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam
Mentimun bongkok di balik tiang,
Ayam berkokok alamat nak siang
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula
Dahulu parang sekarang besi,
Dahulu sayang sekarang benci
Tukul takal muka pintu,
Orang nakal memang begitu
Keli masuk ruan keluar,
Matahari masuk bulan keluar
Duduk inding,enggang tap,
Senduk di dinding,panggang di atap
Secupak padi,setahil berangan
Tersepak kaki,terkehel tangan
Kapal belayar dalam semak,
Perut lapar semua lemak
Monday, 26 March 2012
Rancangan Pengajaran Harian 2 (RPH) BM Tahun 5
RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN 2
Tarikh / Hari : 3 Mei 2011
Masa : 11.00 – 12.00 ( 1 jam)
Kelas : 5 Kenanga
Bil. Pelajar : 35
orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Sukan Dan Kesihatan
Tajuk : Cegah Sebelum Parah
Objektif : Di
akhir pengajaran murid dapat:
i)
Membaca
petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul
ii)
Menyatakan
peribahasa dan maksudnya
iii)
Memahami
maksud peribahasa dan memadankannya dengan peribahasa yang betul.
Pengetahuan sedia ada :
Konsep : Murid
pernah mempelajari peribahasa dan biasa
dengan
ungkapan
dan rangkai kata .
Bahan : Petikan teks m/s 61 buka teks Bahasa Melayu Tahun 5, kad
perkataan
dan lembaran kerja.
Nilai : Menjaga kesihatan, prihatin, rasional
Kemahiran : Membaca,
lisan dan menulis.
Langkah/Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti
guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Set
Induksi
(5 minit)
|
Mencungkil Pengetahuan
murid
|
1.Menunjukkan
gambar-gambar tentang penagih dadah yang menghidap AIDS.
2.
Mencungkil pengetahuan murid dengan bersoal jawab tentang bahaya najis dadah.
|
1.Menyatakan
apa yang dilihat di dalam gambar.
2.Menyatakan
bahaya najis dadah
|
BBM:
Gambar penagih tegar
Nilai:
prihatin
KBKK:
Sumbang
saran
|
Langkah
1
(20 minit)
|
Merakam dan memperdengar
rakaman bacaan murid
|
1.Meminta
murid membaca petikan teks
2.
Merakam bacaan murid.
3.Memperdengar
bacaan murid.
4.
Meminta murid lain memberi pandangan tentang bacaan rakan dari segi
kelancaran dan intonasi.
|
1.Membaca petikan dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
2.Mendengar rakaman
bacaan.
3. Memberi pandangan tentang bacaan rakan.
|
BBM:
- Petikan teks
-Radio
Nilai:
Bersopan-santun
KBKK:
Mengkritik
|
Langkah
2
(15 minit)
|
Mengenal pasti peribahasa
|
1.Meminta murid membaca
semula petikan secara senyap.
2.Meminta murid menyatakan
peribahasa yang terdapat dalam petikan.
3. Menunjukkan peribahasa
pada kad imbasan dan menerangkan maksud peribahasa
|
1.Membaca semula petikan
secara senyap.
2. Menyatakan peribahasa
yang terdapat dalam petikan.
3. Memahami maksud
peribahasa.
|
BBM:
-Petikan teks
- kad imbasan
Nilai:
Mendengar arahan
KBKK:
Membuat kaitan
|
Langkah
3
(15 minit)
|
1 .Memahami maksud
peribahasa
2. Memadankan maksud
peribahasa
|
1. Mengedarkan lembaran
kerja
2. Meminta murid
memadankan peribahasa dengan maksudnya
3. Meminta murid menyemak
jawapan rakan dengan membincangkan jawapan bersama-sama.
4. Meminta murid membuat
pembetulan
|
1. Memadankan peribahasa
dengan maksudnya.
2. Menyemak jawapan rakan .
3.Memperbetulkan kesalahan
dengan membuat pembetulan. .
|
BBM:
Lembaran kerja
Nilai:
Mematuhi arahan
KBKK:
Mengenalpasti, Menjana
idea
|
Penutup
(5 minit)
|
1.Refleksi
|
1.Meminta murid menyebut
semula peribahasa yang telah dipelajari
2.Meminta murid
mengamalkan gaya hidup sihat
|
1.Menyebut semula
peribahasa yang telah dipelajari
|
Nilai:
Menghargai kesihatan
KBKK:
sumbangsaran
|
REFLEKSI
Kelemahan
Proses
merakam suara murid agak memakan masa kerana beberapa masalah teknikal. Ini menyebabkan
perancangan masa tersasar dari perancangan asal dan proses P&P sedikit
terganggu. Aktiviti pemulihan dan pengkayaan tidak dapat dijalankan kerana
peruntukan masa yang terhad.
Kekuatan
Dari
segi pengetahuan sedia ada, murid sebelum ini telah mempelajari peribahasa.
Kemudahan alat perakam yang sedia ada di sekolah turut membantu guru
melaksanakan aktiviti P&P. Suara cikgu yang jelas serta guru bijak
melakukan pergerakan, isyarat badan dan eye contacts banyak membantu guru
menarik perhatian pelajar.
Cara Mengatasi
Dari
aspek teknikal, guru harus bersedia lebih awal bagi mengenal pasti masalah alat
perakam agar aktiviti semasa P&P dapat berjalan dengan lancar. Kemudahan di
makmal komputer seharusnya digunakan seperti murid mencari sendiri maklumat
tentang maksud peribahasa dengan mengakses internet.Murid juga boleh
menggunakan komputer bagi menjawab soalan-soalan latihan bagi aktiviti
pengkayaan dan pemulihan.
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) BM Tahun 5
RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN (RPH)
RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN 1
Tarikh / Hari : 26 Mac 2012
Masa : 8.40 – 9.40 ( 1 jam)
Kelas : 5 Kenanga
Bil. Pelajar : 35
orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Sukan Dan Kesihatan
Tajuk : Kesihatan Asas Kesejahteraan
Objektif : Di
akhir pengajaran murid dapat:
i)
Mengelaskan
maklumat berdasarkan topik yang dibincangkan.
ii)
Membaca
dan mengecam isi-isi penting daripada bahan bacaan.
iii)
Memilih
dan mengenal pasti penanda wacana.
Pengetahuan sedia ada :
Konsep : Murid
pernah didedahkan dengan frasa dan
rangkai kata serta
penanda wacana di dalam pengajaran yang lepas.
Bahan : Petikan teks m/s 58 buka teks Bahasa Melayu Tahun 5, kad
gambar
dan lembaran kerja.
Nilai : Menjaga kesihatan, bekerjasama, berdisiplin
Kemahiran : Membaca,
lisan dan menulis.
Langkah/Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti
guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Set
Induksi
(5 minit)
|
Bersoal jawab tentang
makanan kesukaan murid.
|
1.Menunjukkan
gambar hidangan makanan tengah hari.
2.Meminta
murid menyatakan makanan yang dimakan semalam.
|
1.Menyatakan
apa yang dilihat di dalam gambar.
2.Menyatakan
jenis makanan yangh dimakan semalam
|
BBM:
Gambar makanan tengah hari
Nilai:
Bekerjasama
KBKK:
Sumbang
saran
|
Langkah
1
(15 minit)
|
Menganalisis data
|
Aktiviti
berkumpulan:
1.Meminta
murid duduk dalam kumpulan
2.Mengedarkan
petikan kepada murid.
3.Meminta
murid membaca petikan secara mentalis (secara senyap)
4.Meminta
murid menganalisis data dengan mengkelaskannya mengikut jenis makanan
|
Aktiviti berkumpulan:
1.Membaca petikan secara
mentalis (secara senyap)
2.Mengelaskan makanan
mengikut jenisnya:
Karbohidrat,Protein,Vitamin,garam
galian dan lemak
|
BBM:
- Petikan teks
-jadual
Nilai:
Bekerjasama
KBKK:
Mengklasifikasi
|
Langkah
2
(15 minit)
|
Membentangkan laporan
|
1.Meminta ketua kumpulan
membentangkan laporan di hadapan kelas.
2.Menampal jadual yang
dilengkapkan oleh murid di papan putih.
|
1.Ketua setiap kumpulan
membentangkan laporan
di hadapan.
|
BBM:
Jadual
Nilai:
Mematuhi arahan
KBKK:
Merumus
|
Langkah
3
(20 minit)
|
1 .Mengenalpasti penanda
wacana
2. Membina dan menulis
ayat
|
1. Mengarahkan semula
murid membaca teks secara senyap.
2. Meminta murid
mengenalpasti dan menggariskan penanda wacana yang terdapat di dalam petikan.
3. Meminta murid
menyenaraikan penanda wacana yang digaris.
4. Meminta murid membina
ayat menggunakan penanda wacana
|
1. Membaca teks secara
senyap.
2. Mengenalpasti dan
menggariskan penanda wacana yang terdapat di dalam petikan.
3.Menyenaraikan penanda
wacana di dalam lembaran kerja .
4. Membina dan menulis
ayat menggunakan penanda wacana di dalam lembaran kerja.
|
BBM:
Lembaran kerja
Nilai:
Mematuhi arahan
KBKK:
Mengenalpasti, Menjana
idea
|
Penutup
(5 minit)
|
1.Penerapan
nilai murni
|
1.Mengingatkan murid agar
sentiasa makan makanan seimbang.
2.Meminta murid
mengamalkan makanan seimbang.
3. Menyebut semula penanda
wacana yang telah dipelajari.
|
1.Menyebut semula makanan
seimbang yang berkhasiat.
2. Menyebut semula penanda
wacana yang telah dipelajari.
|
Nilai:
Menghargai kesihatan
KBKK:
sumbangsaran
|
REFLEKSI
Kelemahan
Murid
lambat memahami maksud dan penggunaan penanda wacana kerana penanda wacana
adalah satu perkara yang abstrak , tiada gambaran konkrit untuk membantu murid memahami
kemahiran tersebut. Selain itu, kaedah penerangan yang digunakan membuatkan
murid rasa agak bosan dan kurang menunjukkan minat semasa P&P dijalankan.
Kekuatan
Set
Induksi berkenaan makanan kesukaan murid beserta gambar menarik perhatian
murid. Pengetahuan sedia ada murid tentang makanan berkhasiat membantu guru
untuk menyampaikan pengajaran. Guru juga telah dapat mengenal pasti tahap
kognitif murid bagi memastikan pengajaran yang disampaikan berkesan serta boleh
menguji kefahaman mereka dengan memberi latihan yang sesuai sebagai penilaian.
Cara Mengatasi
Teknik
latih-tubi perlu dilakukan bagi mengukuhkan kefahaman murid iaitu melatih-tubi
murid membina dan menulis ayat mengunakan penanda wacana. Bagi mengelakkan rasa
bosan murid, guru bolehlah menggunakan alat multimedia semasa pengajaran.
Contohnya murid mencari maklumat dengan mengakses internet atau menjawab
latihan/penilaian menggunakan komputer.
Subscribe to:
Posts (Atom)