http://www.textspace.net/lcd_text_maker/9.4/page_1

Sunday 29 April 2012

Nikmat Sebuah Perjuangan







Alhamdulillah..... itulah saja  perkataan yang mampu ku ungkapkan. Tiada kata yang dapat ku gambarkan betapa leganya dan bahagianya hati ini apabila selesai sudah semua tugasan yang terbeban di bahu ini sepanjang tempoh semester 2 . Terlalu banyak pengorbanan dan ranjau  yang telah dilalui.... terutama keluarga.yang sentiasa memahami.....

Lepas ni bolehlah beri sepenuh tumpuan pada keluarga dan kerja yang terbengkalai. Terima kasih kepada suami, anak-anak dan kawan-kawan yang sentiasa memberi samangat dan dorongan.

Tugas terakhir ialah ulangkaji untuk peperiksaan semester 2 pada awal Jun nanti. Semoga segalanya dipermudahkan . Amin....


Saturday 28 April 2012

Pengajaran Mikro - Set Induksi



http://www.youtube.com/watch?v=5o1A-r1X864&feature=youtu.be


Nama guru        : Pn. Latifah bt Ab. Latiff
Program            :  Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sek Ren) DenganKepujian,
                             Universiti Pendidikan Sultan Idris
No ID                : D2011049770
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Sekolah             : SK Tun Dr Ismail, Padang Rengas
Tahun                : 5 Ibnu Khaldun
Tema                 : Sukan dan Kesihatan
Tajuk                 : Awas Nyamuk

Tema Hari Guru 2012


Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun.Tema Hari Guru pada tahun 2012 ialah
“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK.

SEJARAH HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU
  • " Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • " Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • " Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • " Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


IKRAR GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.



Lagu Tema Hari Guru 2012


"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"



Lembaran Kerja BM Tahun 5


Nama :…………………………………………..                                          Tarikh:……………………
Tahun :………………….
Arahan:
Lengkapkan jadual di bawah
Bil
Punca demam denggi

Faktor pembiakan nyamuk
Cara mengawal

1.












2.









3.





4.










Tuesday 24 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  3
Tarikh / Hari               :           4 Mei 2011 (Rabu )
Masa                           :           7.40 -8.40 ( 1 jam)
Kelas                          :           5 Kenanga
Bil. Pelajar                 :           35 orang
Mata Pelajaran          :           Bahasa Melayu
Tema                         :           Sukan Dan Kesihatan
Tajuk                          :           Awas, Nyamuk           
Objektif                      :           Di akhir pengajaran murid dapat:
i)              Menganalisis data berdasarkan petikan teks
ii)             Menjalani sesi soal jawab secara spontan
iii)            Melengkapkan lembaran kerja berbentuk jadual.


Pengetahuan sedia ada :
Konsep                      :           Murid  pernah melihat nyamuk dan biasa menulis ayat mudah.
Bahan                         :           Petikan teks m/s 65 buka teks Bahasa Melayu Tahun 5,
                                                Gambar nyamuk dan lembaran kerja.
Nilai                            :           Menjaga kebersihan, menghargai sesuatu, bekerjasama,
                                                mengenal pasti dan mengaplikasi.
Kemahiran                 :           Membaca, lisan dan menulis.

Langkah/Masa
Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
Bercerita tentang gambar nyamuk

1.Memaparkan gambar seekor nyamuk.
2. Meminta murid menyatakan sifat-sifat nyamuk :
- menggigit
- habitat
- Terbang

1.Menyatakan sifat-sifat nyamuk.
BBM:
Gambar nyamuk
Nilai:
bekerjasama
KBKK:
Menjana idea

Langkah 1
(15 minit)


Menganalisis data
1.Mengedarkan petikan kepada murid.
2. Meminta murid membaca petikan secara mentalis (senyap)
3.Memberi masa kepada murid menganalisis data yang terdapat dalam petikan.
4. Meminta murid mengklasifikasi dari segi:
- punca demam denggi
- faktor pembiakan nyamuk
- cara mengawalnya

1.Membaca petikan secara mentalis (senyap)
2.Menganalisis data yang terdapat dalam petikan.
3.  Mengklasifikasi :
- punca demam denggi
- faktor pembiakan
  nyamuk.
-cara mengawalnya

BBM:
- Petikan teks
-Radio
Nilai:
Mengikut arahan
KBKK:
-Menjana idea
-mengklasifikasi

Langkah 2
(15 minit)




Sesi bersoal jawab
1.Memilih murid secara rawak untuk membaca petikan secara mekanis (kuat)
2.Mengutarakan soalan-soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah kepada murid mengenai:
-punca demam denggi
-faktor pembiakan nyamuk
-cara mengawalnya
3. Memilih murid untuk menjawab secara spontan

1.Membaca petikan secara mekanis
2.Menjawab soalan pemahaman mengenai:
-punca demam denggi
-faktor pembiakan nyamuk
-cara mengawalnya
3. Menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara spontan


BBM:
-Petikan teks
Nilai:
-Peka
-bekerjasama
KBKK:
Menjana idea






Langkah 3
(20 minit)
1 .Mengisi tempat kosong
1. Mengedarkan lembaran kerja kepada murid dalam bentuk jadual.
2.Meminta murid mengisi jadual tersebut mengikut kategori yang diberikan.
3.Meminta murid tampil ke hadapan untuk membentangkan hasil dapatan yang ditulis di dalam jadual tersebut.
1.Mengisi jadual mengikut kategori yang diberikan.
2.Tampil ke hadapan untuk membentangkan hasil dapatan yang ditulis di dalam jadual.
BBM:
Lembaran kerja (jadual)
Nilai:
Mematuhi arahan
KBKK:
Mengklasifikasi
Membanding beza Menjana idea
Penutup
(5 minit)


1.Refleksi
-Penerapan nilai murni
1.Mengingatkan murid supaya menjaga kebersihan diri dan alam sekitar
2.Meminta murid mengamalkan cara hidup sihat

1.Menyebut semula cara-cara menjaga kebersihan diri dan alam sekitar

Nilai:
-Menjaga kebersihan
Menghargai alam sekitar
KBKK:
-Menjana idea
sumbangsaran


REFLEKSI
Kelemahan
Semasa aktiviti berkumpulan dijalankan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak melibatkan diri melakukan tugasan. Mereka tidak memberikan kerjasama menyelesaikan masalah yang diberi. Selain itu, semasa pembentangan hasil dapatan oleh ketua kumpulan, segelintir pelajar tidak memberikan perhatian disebabkan suara ketua kumpulan tersebut yang kurang jelas dan penyampaian yang terlalu pantas.

Kekuatan
Pengetahuan sedia ada pelajar tentang nyamuk serta isu semasa berkaitan nyamuk memudahkan guru mencungkil idea semasa P&P. Kemahiran mencungkil idea secara soal-jawab keseluruhan kelas dan perbincangan dalam kumpulan dengan meminta setiap kumpulan memberikan idea masing-masing untuk dikongsi dengan pelajar lain  menggalakkan  interaksi antara pelajar dan semangat bekerjasama. Pelajar melibatkan diri secara aktif dan menunjukkan minat yang mendalam dengan topik yang diberi.

Cara Mengatasi
Setiap pelajar harus dinyatakan tugas masing-masing dengan jelas seperti tugas mencatat, memberikan idea dan membentang agar semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. Guru juga dicadangkan memberikan markah kepada penglibatan pelajar yang aktif dan hasil pembentangan yang menarik bagi menggalakkan mereka melibatkan diri dan bersaing untuk mendapatkan markah yang tinggi untuk kumpulan dan individu. Guru digalakkan menggunakan pembesar suara semasa aktiviti pembentangan bagi mengatasi masalah ketidakjelasan suara agar semua pelajar dapat mendengar dengan jelas semasa sesi pembentangan. Ganjaran seperti hadiah juga boleh diberi kepada kumpulan yang berjaya mendapat markah tertinggi .